Nampaknya ramalan pesaing politik Pakatan Rakyat tentang PM Najib Razak yang berada dalam keadaan panik sememangnya benar, jika dilihat kepada hasil tinjauan dalaman yang dijalankan oleh partinya.
Mengikut para pemimpin Pakatan, ini telah menunjukkan kejutahan dalam sokongan rakyat terhadap Najib dan kerajaannya yang akan memaksanya mengadakan pilihanraya ke-13 selepas musim Raya dan bukannya tahun hadapan selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.
Inilah yang bibayangkan hasil tinjauan bebas yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre pada hari Khamis yang menunjukkan sokongan terhadap Najib menurun sebanyak 1 peratus lagi pada Jun kepada 64%. Jika dibandingkan dengan 71% sokongan yang diperolehi oleh PM sebelumnya, Abdullah Badawi sebelum pilihanraya umum pada tahun 2008, ini jelas menunjukkan prestasi Najib lebih teruk berbanding apa yang disangkakan.
Jangan salahkan orang lain apabila tidak mahu mendengar kata pengundi
Keputusan daripada Tinjauan Merdeka ini telah menjadikan pemerhati menjangka Pakatan yang diketuai pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim boleh merampas kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum ke-13 dengan rakyat Malaysia berpendapat akan berada dalam kesengsaraan selama 5 tahun lagi jika BN kembali memerintah.
Jelas juga di dalam tinjauan itu bahawa, Barisan Najib telah jatuh sebanyak 6% mata daripada 42% dari segi sokongan padu. Kejatuhan yang ketara ini datang daripada majoriti pengundi terbesar iaitu Melayu dan ini sudah tentu menjadikan BN yang telah memerintah Malaysia sejak 1957 lebih cemas.
Sekarang, tahulah kita kenapa Najib telah mengumumkan bonus separuh gaji kepada semua pekerja kerajaan dan RM500 batuan kewangan kepada pesara kerajaan sebelum Bajet 2013 dibentangkan. Dana yang diperlukan mencecah RM2.2 bil. Ini merupakan jumlah yang besar untuk dibayar sebelum Bajet dibentangkan. Ia juga penting bahawa pembayaran dibuat pada 9 Ogos. Ini semua memberi kita petunjuk bahawa PRU akan diadakan selepas Hari Raya,” kata timbalan presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Semestinya Najib menjadi takut dengan menggunakan tinjauan Merdeka sebagai alasan menambat hati dan minda pengundi. Namun, RM2.2 bil merupakan jumlah yang amat besar untuk dibazirkan. Namapaknya dia akan mengadakan pilihanraya umum ke-13 sebelum sokongan rakyat terhadap dirinya dan BN menurun lagi. Dia tidak boleh menyalahkan BN yang didominasikan UMNO dimana dia sendiri merupakan presiden UMNO. Sebenarnya MCA, Gerakan dan MIC telah lama terkubur. Kemerosotan terbaru BN ini adalah kesan daripada UMNO yang tidak endahkan rintihan orang Melayu yang sudah muak akan rasuah.
Tinjauan terhadap pengundi yang berada di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap pm menurun dikalangan pengundi Melayu dan India daripada 79 kepada 75 peratus, dan dari 72 kepada 69 peratus. Namun, nombor ini naik pula pada pengundi Cina dari 37 kepada 42 peratus pada bulan Jun.
1 Aug 2012 | Read more >>