:: Search the Web ::



Saturday, November 26, 2011

Akta Perhimpunan Aman usaha BN sekat kebebasan!


Nov 23, 2011 | Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Menurut Mohamed Hanipa (kiri) yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat.

Beliau juga dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami sekatan terbaru yang cuba dikuatkuasakan ke atas rakyat itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ia tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” katanya.
Menyusahkan

Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:
• Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
• Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
• Tiada protes jalanan dibenarkan.
• Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
Menurut Mohamed Hanipa, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkannya.

Katanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan.

“Hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Rang undang-undang ini juga secara jelas unconstitutional kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Percepatkan ajal

Mohamed Hanipa juga dipetik Harakahdaily sebagai berkata, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had itu, katanya, tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” katanya.

Bagi beliau, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal kerajaan Umno BN insya Allah,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.
Sementara itu, Keadilandaily melaporkan timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (kanan) menyifatkan Najib sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.

“Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat,” katanya dipetik portal berita itu di Parlimen, semalam.
Lebih teruk

Tegasnya, rang undang-undang itu tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun.

“Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat,” katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Semalam, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng juga membidas rang undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.
Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
• Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
• Loji rawatan air
• Stesen penjana elektrik
• Stesen minyak
• Hospital
• Balai bomba
• Lapangan terbang
• Landasan keretapi
• Terminal pengangkutan awam darat
• Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
• Tempat ibadat
• Tadika dan sekolah

1 Malaysia

:: Search This Blog ::

Abu Leman

A Kadir Jasin

AhmadFadhli Ketua DPP Kelantan

Albangi di Kuching

ALIRAN

Ameno World

anilnetto

Another Brick in the Wall

APANAMA

ASPAN ALIAS -Sebuah Catatan Perjalanan Politik Bangsa

Bakri Musa

Bersih 2.0

BNBCC - Laman Rasmi MP BN

Blog Che Gu Bad

Bukit Bintang Post

Cakna Kini

DEVOURED SAVIOUR /FLYINGKICK

Din Merican: the Malaysian DJ Blogger

dinturtle - PARTI MELAYU

Double - Y

Dr. Wan Hasni

edyesdotcom

Era Pasca

Fakta TV

FinanceTwitter

Free Malaysia Today

GABUNGAN RAKYAT PRIHATIN

Gelagat Anwar

glassmanSAYS

Greater Malaysia

Hornbill Unleashed

Ikatan Bangsa Malaysia

Jebat Must Die

Kabar tentang Dunia Islam

Kelab Jaringan Rakyat

Kerajaan Rakyat

Kedahkini

KTemoc Konsiders

LoyarBurok

MAGICK RIVER

Malaysia Chronicle [English Politics]

Malaysia Chronicle [BM Politik]

Malaysia Gazette

Malaysiakini :: BERITA

Malaysians Must Know the TRUTH

Malaysia Outlook

MalaysiaProNews

Malaysia Sosialis Liberal (albangikuching).

Megat Arjuna

Mengembang Pemikiran Rakyat

Merah Tinta MSO

Movement for Monetary Justice Malaysia

WAKE UP MALAYA

My Nation

MYKMU

MyTimes

Nasrudin Hassan AtTantawi

Negara Pakatan Rakyat

Open source investigations

Omak Kau!!!!

Orang Perak

OutSyed The Box

:: SEARCH THE WEB ::

Pakat-Pakat Kalih

PakDin

Perisik Rakyat®

Pen Patah Blog

RAKYAT MARHAEN

RPK :: Malaysia Today - No Holds Barred

REFSA (Research for Social Advancement)

rocky's bru

SAKMONGKOL AK47

SALLEH SAID KERUAK

SANDIWARA

Sarawak Report

SeaDemon Says

Selatan Online

Sinar Harian Utama

SoZCyili

Suara Kami

steadyaku47

Tengku Razaleigh Hamzah

The Heat Online

The Malaysian Insider :: Malaysia

The Malaysian Insight

themalaysianobserverblog

The Mole

The People's Parliament

The Rakyat Post

The Sniper

The Third Force

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tukanglawan

tUKAR gOMEN

Tukar Tiub

Tun Mahathir [Che Det.cc]

Unspinners

uppercaise

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Zamkata